Showing posts with label bekas PM. Show all posts
Showing posts with label bekas PM. Show all posts

Tuesday, April 7, 2009

BN kalah kerana Tun Mahathir

Calon BN kalah di Bukit Selambau dan Bukit Gantang disebabkan Tun Mahathir turun berkempen. Ini berbeza di Batang Air di Serawak, BN menang disebabkan Tun Mahathir tidak dapat ke sana.

Pilihanraya kali ini menyaksikan sekali lagi tertumpas parti kerajaan persekutuan selepas Permatang Pauh dan Kuala Trengganu.

Rata-rata kekalahan ini disebabkan rasa kebencian rakyat kepada Tun Dr Mahathir belum padam, walaupun matan Perdana Menteri itu, bukan lagi Perdana Menteri, tetapi rasa meluat dan benci kepada Tun nampaknya sukar sekali dilupakan.

Walaupun Dato' Seri Najib telah mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dato' Abdullah Ahamd Badawi, tetapi rakyat merasakan Dato' Seri Najib masih dikawal oleh Tun Dr Mahathir, bertambahan pula Timbalan Presedin Umno iaitu Tan Sri Mahyudin Yassin, seumpama katak yang berlindung di bawah ketiak Tun Dr Mahathir.

Mungkin kemenangan akan berpihak kepada BN sekiranya Tun Dr Mahathir tidak campur tangan dalam poltik UMNO, dan penyokong-penyokong UMNO khususnya dapat diberi fahaman bahawa Tun Dr Mahathir bukan yang penting untuk UMNO.

Tuesday, May 20, 2008

Melatah Dengan Perangai Mahathir.

Logiknya Mahathir bukanlah orang penting dalam kerajaan sekarang, dia sekadar bekas Perdana Menteri, tetapi mengapa dia meletakkan dirinya lebih hebat dengan Pak Lah?

Ramai lagi yang masih beranggapan Tun Mahathir itu lebih tinggi darjatnya dari Pak Lah, tetapi siapakah mereka itu? Mereka ialah orang goblok yang hidup dalam dunia khayalan dan mimpi, sedangkang mimpi itu telah berlaku dan berlalu, kerana yang realitinya ialah Perdana Menteri sudah bertukar tangan, iaitu sudah dipegang oleh Pak Lah.

Jadi, dari berterusan menjadi bangang eloklah mereka itu buka mata, dan lihatlah dengan mata, dan terimalah kenyataan, bahawa Tun Mahathir bukanlah lagi Perdana Menteri lagi, tetapi Tun Mahathir sekarang ialah manusia tua, masih mahu bercakap, dan banyak membuat kerja-kerja gila untuk menghalalkan kesalahan dirinya yang telah banyak dibuat semasa jadi Perdana Menteri dahulu.

Walllah Wak Aklam.

Tuesday, April 8, 2008

Betulkah Anwar Ibrahim ibarat seperti PUTIN ?

Siapakah seperti Putin yang dimaksudkan oleh Hishamuddin Rais dalam tulisannya di MalaysiaKini?

Penulis itu menggambarkan PakLah sebagai Mikhail Gorbachev yang memberi ruang Putin (Anwar) menerajui Malaysia.

Penulis itu juga mengangap Tun Mahathir sebagai Lenin yang ditakuti semua orang termasuk raja-raja Melayu.

Saturday, April 5, 2008

Menteri Penerangan Malaysia, Ahmad Shabery Cheek berkata dalam pentadbiran Dr Mahathir dahulu ramai pemimpin Umno sendiri ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dilihat mengancam keselamatan negara tetapi mengancam kepimpinan beliau.

Mereka seperti Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menjadi Ketua Pemuda Umno, ramai ketua bahagian, Datuk Kamaruddin Mohd Noor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Bahagian Umno Bandar Tun Razak, " katanya.

Ahmad Shabery berkata bekas presiden Umno itu juga pernah mengingatkan perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno 1997 bahawa kritikan perlu dibuat mengikut saluran parti iaitu melalui cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi tetapi bukan di luar parti.

"Itu kerana katanya kalau semua orang bercakap di luar mengkritik dan menghentam sesama sendiri, Umno boleh hancur dan saya bimbang kalau ini berlaku mungkin beliaulah orang yang boleh dianggap boleh menghancurkan Umno," katanya.

Kalau dulu di bawah kepimpinannya Umno mati, Umno musnah, tetapi nungkin kali ini UMNO akan dibatalkan pendaftaran dan mati dalam bentuk yang lain selepas ini, iaitu angkara Tun Dr Mahathir yang kita kisihi itu juga.

- petikan dari agendaly

Saturday, March 22, 2008

Paklah Seorang Yang Lemah?

Benarkah Pak Lah seorang yang lemah dalam menjalankan pentadbiran sebagai Perdana Menteri? Jawabannya ialah tidak walaupun pendapat ini akan tidak disenangi kepada mereka yang biasa bekerja ikut arahan, yang biasa bergerak bila disuruh, yang biasa tidak mampu membuat keputusan sendiri.

Jawaban ini juga akan tidak disenangi oleh manusia yang sukakan pemerintahan kukubesi, yang suka hanya Perdana Menteri yang kata yes atau no, yang suka menteri lain tutup mulut, yang suka negara diperintah oleh seorang sahaja.

Berdasarkan itu Pak Lah dilihat membenarkan atau memberi kuasa kepada orang lain membuat keputusan, dan Pak Lah setuju dengan keputusan itu, yang cara ini amat berbeza sekali dengan Perdana Menteri terdahulu.

Sebagai contoh dalam kes Muhriz anak Tun Muhathir yang meminta Pak Lah berhenti. Di sana Pak Lah meminta pemuda Umno yang menanganinya walaupun tindakan muhriz itu mencabar Pak Lah sebagai ketua parti. Akan tetapi cara Pak Lah ini dianggap sebagai penakut oleh mereka yang biasa cara feudal.

Sebenarnya cara Pak Lah itu untuk diteladani dalam sebuah negara merdeka, yang membenarkan ramai orang menentukan nasib masing-masing tanpa mengharapkan orang lain. Seolah-olahnya Pak Lah mahu kuasa Perdana Menteri mestilah dihadkan, dan tidak terlalu berkuasa seperti yang terjadi zaman kekuasaan Tun Dr Mahathir, yang mana seorang menteri ibarat seekor tikus dengan kuching, terutama ketika kuching itu mengeluarkan buku kecil dari poket. Tikus ketakutan apalah yang hendak ditegur oleh Perdana Menteri kali ini.

Cara Pak Lah mentadbir negara ini, menjadikan orang menuduh seolah-olah Pak Lah mendapat nasihat orang lain dan bermacam-macam tuduhan lain. Malahan Tun Dr Mahathir sendiri menuduh menantu Pak Lah iaitu Khairi Jamaluddin dengan berbagai andaian semata-mata cara Pak Lah membuat keputusan tidak sama dengan cara Tun dahulu.

Pak Lah pernah menjadi Menteri Pelajaran, masakan Tun Dr Mahathir tidak sedar cara bagaimana Pak Lah bekerja, sedangkan masa itu Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri.

Tanggapan saya kepada Tun Mahathir ialah Tun adalah manusia ego@takabur yang dianggap sama seperti sifat yang dimiliki oleh makhluk iblis, kerana Tun pernah berkata perjuangannya yang belum selesai, iaitu kata-kata yang sama dipohon oleh iblis kepada tuhan untuk meminta kebenaran dari tuhan bagi menyesatkan manusia.

Sebagai manusia tidaklah boleh menjadi iblis, kerana manusia dituntut supaya reda dan diminta sentiasa bersyukur.

Monday, March 10, 2008

Tun Mahatihir Punca BN Kalah

Kalau dalam tahun 1969 Tun Dr Mahathir kacau Tunku Abdul Rahman menyebabkan calon-clon MCA dan MIC tewas teruk, maka tahun 2008, Tun Dr Mahathir juga menyebabkan BN kalah sebegini teruk. Tun Dr. Mahathir pengacau dan pengkhinat.

Kalau Tun Dr Mahathir terus hidup, dia akan terus menerus buat kacau. Iaitu golongan pressure group akan gunakan idea-idea Tun untuk membuli dan aktifkan supaya rakyat membenci. Isu yang tidak ada menjadi ada, dengan analasis kononnya.

Dr Mahathir pernah menghina ulama, menghina nabi, memansuhkan sekolah agama, dan anti tafsiran agama, konon islam sudah disalah tafsir.

Dr Mahatihr mempunyai otak, memainkan perasaan dan emosi orang lain, kerana dia tahu orang melayu, memang releven pasal keturunan dan agama, sebab melayu akan marah apabila menyentuh moral dalam agama, dan Dr Mahathir berjaya menjatuhkan Anwar dengan alasan begitu.

Tun Mahathir akan gunakan keadah-kaedah (alasan) untuk menjatuhkan Pak Lah, kononnya Khairy menantu PakLah mempengaruhi keadaan, dan orang pun akan percaya alasan begitu, sedangkan yang sebenar itulah kaedah Tun yang paling berkesan supaya orang percaya.

Kesiannya Pak Lah jenis manusia begitu, tidak bertindak apa-apa sedangkan sebaliknya jikaTun Dr Mahathir yang PMnya sudah pasti PakLah dah menerima padah, seperti pernah berlaku keatas PakLah semasa Tun menjadi PM dahulu.

Kerajaan boleh memberi alasan, Tun Dr Mahathir menghasut menyebabkan keselamatan negara terancam, menyebabkan ekonomi (saham) jatuh, menyebabkan burukkan nama negara di kalangan sahabat-sahabat, menyebabkan kepercayaan rakyat terhakis.

Inilah peluangnya dan masanya bagi kerajaan menggunakan alasan sebagai kambing hitam. Iaitu tangkap Tun Mahathir, maka tidak berapa lama kemudian rakyat akan marah-marah, termasuk orang Umno totok, namun lepas itu rakyat akan menerima dan Paklah akan mendapat kepercayaan termasuk daripada musuh-musuh dalam selimut.

Kalau Tun boleh mendakwa PakLah menyebabkan BN Tewas, maka Pak Lah juga boleh gunakan alasan, bahawa punca sebenar ialah Tun sendiri.

Monday, December 24, 2007

Memang Pedih

Ganasnya lagi...

Hindraf bukan sahaja mengganas di bumi Malaysia, tetapi orang-orang hindu india tersebut sudah mengganas di Sri Langka, malah di negeri India sendiri pun, dia mengganas sesama bangsa. Menurut berita dari New Delhi " Hindu extremists burned down the house of a prominent Christian politician in eastern India Thursday, officials said, as violence by gangs from both sides continued despite a curfew imposed after two days of attacks against Christians by Hindu hard-liners.

Hindu Cendik di Malaysia juga

Kerajaan tidak bertindak tepat melayani klip video perbualan peguam VK Lingam yang didakwa atur lantikan hakim, seolah-olahnya nak mengungkit perbuatan Tun Dr Mahathir semasa dalam kerajaan.

Pekerjaan seperti itu dianggap oleh orang ramai sebagai membalas dendam kepada TUN.

Tun Dr. Mahathir tidak gentar dengan situasi, beliau dilihat sebagai tenang, lebih-lebih lagi gelaran "TUN" yang ada pada dirinya merupakan pendinding tebal, adalah beliau tidak boleh dikenakan undang-undang.

Apakah selepas ini, kerajaan akan menarik gelaran "TUN" itu? Supaya perbuatan TUN selama ini akan terbongkar satu demi satu?

Bagi pendapat saya pekerjaan semacam itu sebagai "Buruk Siku" dan sia-sia memandangkan usia TUN sudah tua, yang sepatutnya kerajaan dan rakyat menghormatinya sampai bila-bila. "Yang berlalu biarkan berlalu, ia tidak mungkin balik seperti asal".

Kerajaan mestilah menangani isu-isu semasa, membetulkan perbuatan dan fungsi polis, kecekapan perkhidmatan kerajaan kepada awam, dan membaiki sistem perntadbiran, dan hiraki, kerana pegawai dan kakitangan kerajaan sendiri macam tidak senang dengan sistem hiraki sekarang.

Hindu Mengganas!

Selepas Hindraf mengisytiharkan UMNO adalah musuh, tiba-tiba Naib Pemuda Gerakan tidak gentar dengan perasaan orang lain, perasaan Ketua Pemuda UMNO, sebab dia tahu keturunan india adalah satu kaum yang penting untuk kemanangan mana-mana parti dalam menentukan kerajaan di Malaysia.

Faktor inilah kerajaan kalah dan terpaksa tunduk dengan ugutan MIC sehingga Peguam Negara menarik balik pertuduhan membunuh polis, yang jelas keturunan itu memang berniat nak membunuh, tetapi kerajaan boleh memaafkan!

Malah Datuk Menteri Besar Selangor pun tak boleh kata apa, DUN Ijok sendiri membuktikan UMNO tewas di tangan keturunan India, malah rata-rata budak-budak UMNO di Ijok sekarang dah semacam mendewakan keturunan itu. Mungkin ada yang sanggup dan reda apabila Menteri Besar Selangor sendiri pun sepatutnya dari MIC, kenapa tidak? Kalau DUN Ijok boleh, kenapa tidak kerusi Menteri Besar juga?

Dulu dan Sekarang

Orang-orang india sejak dulu memang jahat tetapi di peringkat rendah, dan kerajaan tak ambil pusing tetang benih-benih syaitan, yang akhirnya sekarang samsing-samsing itu mula jadi pengganas di peringkat menengah dan atas, di peringkat politik dan peguam, sudah tahap kebangsaan dan antarabangsa.

Mereka tidak gentar keluarganya susah atau tidak sebab mereka merasakan dirinya adalah rabinhood india, di mana MIC sendiri telah mengatur lama iaitu macam mana nak menawan bangsa lain di Malaysia, yang mana orang-orang india sudah ada insuran nyawa, kalau mati, dia dapat duit, yang sudahnya kerana mati seorang, tetapi satu keluarga akan menjadi kaya raya, dapat duit dari syarikat insuran nyawa.

Kerajaan dicabar bekas orang sendiri.

Kerajaan sekarang nak dikatakan lemah, mungkin tidak sampai lemah, tetapi orang seperti Datuk Ruhani Ahmad, bekas Ahli Parlimen sudah mencabar kerajaan dalam blognya 'Kuda Kepang", dia sudah berani semacam arauh Ibrahim Libya, konon tidak takut kepada undang-undang.

Inilah beberapa isu negara yang dihadapai kerajaan iaitu, dari orang-orang bekas ahli politik kerajaan sendiri, musuh-musuh dalam selimut, dan orang-orang tua yang masih ada dalam kerajaan.

Thursday, September 27, 2007

Sesudah Pengsan…

Pengalaman Tun Dr, Mahathir Mohomad bernafas dengan bantuan hayat di Institiut Jantung Negara tentunya boleh digunakan sebagaimana Tun menggunakan Pengalamannya dalam jawatan sebagai Perdana Menteri bercakap mengenai isu-isu Jembatan Bengkok dan Wilayah Pembangunan Iskandar.

Saya percaya tukang-tukang temberang seperti penulis blog, Husin Lempoyang, Datuk Rohani Ahmad dan Hamizi Hamdan akan menjenarasikan pengalaman Tun Dr Mahathir untuk menghentam kerajaan.

Rakyat Malaysia mendoakan semoga Tun akan sihat dan umur panjang.

Tuesday, September 25, 2007

Ganas... liar... ala tarzan

Malaysia bertaraf dunia, tetapi ada rakyatnya masih mengamalkan hidup cara hutan iaitu liar dan ganas dengan yang kers terbaru pembunuhan kanak-kanak, Nurin Jazlin, 8 tahun.

Polis dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga bercakap dalam isu itu dengan tajuk tempang kononnya telah wujud undang-undang yang menghukum ibu bapa cuai.

Perempuan dalam negara maju termasuk isteri dan ibu boleh kerjaya bersamaa kaum lelaki, dan berpolitik. Mereka bukan duduk seperti dalam hutan, hidup liar, ganas dan ala tarzan.

Mental menteri warisan Tun Dr. Mahathir itu samalah macam mental penulis-penulis blog yang bencikan Pak Lah. Mengambil peluang menjadi penjenayah jika ada peluang, macam harimau hutan. Macam pembunuh Nurin Jazlin.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Pelajaran melihat keselamatan budak-budak sekolah sebab ibu bapa zaman ini kena kerjaya dan tidak boleh dikatakan cuai semata-mata meninggalkan anak-anak.

Kanak-kanak seharusnya selamat bermain-main di luar rumah, bukan sahaja di sekolah, di pasar, mahupun di tempat awam lain.

Monday, September 10, 2007

Strategi siapakah? Tak Bonus

Datuk Seri Najib mahu memujuk kononnya bonus itu akan diberi.Tidak tahulah adakah itu satu permainan politik balaci-balaci Tun Dr Mahathir ataupun bukan. Tetapi orang-orang Tun Dr. Mahathir nampaknya sudah mengulangi kerja mereka. Mereka sebagai anasir yang masih berbaki dalam kepimpinan kerajaan mahu merancang seperti mereka merancang pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim masa itu sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kalau dulu masa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan isu agama dan moral tetapi isu kali ini ialah bonus kaki tangan kerajaan.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Mokhtar Radin (kanan) menunjukkan teks Bajet 2008 yang dipegang oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof (dua dari kanan) kepada Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sambil diperhatikan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Norza Zakaria (kiri sekali) di bangunan Parlimen, hari Jumaat.  Kemungkinan juga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah terlalu seronok dengan pertanian dan orang-orang kampung yang akan mendapat banyak faedah, hingga terlupa memberi bonus kepada jentera kerajaannya. Akan tetapi kemungkinan seperti itu sukar dipercayai.

Atau Pak Lah sengaja berbuat begitu sebab dia mahu menekan emosi orang-orang Umno terutama orang-orang Tun Dr. Mahathir supaya menerima semula Datu Seri Anwar Ibrahim ke dalam Umno.

Walau bagaimana pun inilah masa dan ketika kepada mereka yang keciwa dengan kepimpinan kerajaan, mereka yang merantau dalam blog-blog meluahkan perasaan, mereka yang telah menjadi hantu untuk ketawa dan gelak-gelak.

Friday, September 7, 2007

BONUS! GIGIT JARILAH...

Bonus Tak ada! Terlopong mulut kaki tangan awam.

Kenaikan gaji bukan bonus. Jadi memang bonus dijangka tidak diberi tahun ini, tetapi kaki tangan awam semacam kurang yakin bahawa bonus itu tidak ada.

Terkejut gila! Apabila membentangan baget oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi tiada pengumuman nak memberi bonus. Kaki tangan awam muka pucat bertamah pucat. Mengapa muka pucat?

Sebab takut bahawa itu isyarat undi rakyat kepada parti kerajaan akan merosot. Semua orang tahu sekalipun kaki tangan awam dilarang berpolitik tetapi sebagai jentera kerajaan biasanya mereka adalah pekerja mendapatkan kepercayaan rakyat.

Adakah benar pengaruh kerajaan akan merosot? Tidaklah dipastikan itu benar ataupun tidaknya tetapi dahulu Menteri Kewangan masa itu, Tun Daim Zainuddin menaikkan faedah pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan kepada lebih 4% setahun, kerajaan menjadi tidak popular.

Begitu juga dengan peristiwa menumbuk mata oleh Ketua Polis masa itu, Datuk Norain Mai ke atas Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyebabkan kerajaan Trengganu pergi ke Parti PAS.

Begitu juga dengan ura-ura kerajaan hendak menswastakan hospital-hospital kerajaan, tetapi terselamat apabila cadangan itu ditarik balik.

Sekiranya kerajaan sedar penomena ini akan berlaku adakah kerajaan akan memberi bonus?

Seorang ahli ekonomi menolak kemungkinan kerajaan akan membayar bonus kepada kakitangan awam kerana golongan itu sudah menikmati kenaikan pendapatan yang tinggi berkuat kuasa Julai lalu, meliputi gaji dan pelbagai elaun.

Isu bonus bukanlah besar dan bukanlah kecil tetapi perlu mendapat perhatian. Tetapi juga jangan hendaknya Pihak Perdana Menteri dan pihak Kementerian Kewangan mendapat salah maklumat dari pengkhianat yang ingin menjatuhkan.

Dan kebimbangan ini semestinya ada kerana puak-puak bekas Perdana Menteri tidak pernah lupa perjuangannya yang belum selesai walaupun mereka akan membakar negara yang kononnya telah dimajukan di zaman mereka.

Tuesday, August 21, 2007

Strateji Lah Tu

Benar atau salah adalah hal lain, tetapi agaknya itulah. Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah buat tektik mengelirukan supaya orang ramai dalam delimma siapakah yang hendak dituruti. Supaya nanti diketahui siapakah orang yang betul-betul setia kepada parti atau sebaliknya untuk kerja-kerja pembersihan musuh yang musang berbulu ayam dapat dilaksana.

Tun Dr. Mahathir kata dia tersalah pilih Pah Lah sebagai pengganti, malahan Tun juga mengkritik Pah Lah tentang isu-situ jembatan, proton dan lain-laian lagi sehingga tergambar dalam kepala orang ramai mereka tidak sebulu.

Tektik yang sama juga dilakukan oleh Tun Abdul Rahman Yaacob untuk menolong anak saudaranya Pahin Tan Sri Taib Mahmud terus berkuasa di Sarawak.

Kalau nak dikira Tun Dr. Mahathir sendiri sudah tau orang yang menjadi sindiran beliau iaitu Khairy Jamaluddin sebenarnya sudah tiada di Tingkat 4 blok tengah kompleks Perdana Putra, tetapi Tun Dr. Mahathir menuduh di tingkat itulah Khairy sebagai orang yang mempengaruhi Perdana Menteri. Walhalnya yang ada di situ ialah En Ahmad Zaki, yang merupakan dua pupu kepada Tun Dr Mahathir sendiri.

Menurut Ahmad Zaki: "Tun sebenarnya ialah datuk saudara saya...Tun sepupu belah emak saya…bapa emak saya ialah sepupu kepada Tun...saya menang kenal keluarga Tun dah lama...tapi lebih kepada anak-anak Tun seperti Marina, Mokhzani dan Mukhriz…Marina yang jadi tetamu kehormat masa saya nikah dulu..".

Saturday, August 18, 2007

delimma melayu

Tun Dr Mahathir sekali lagi membuat orang ramai dalam delimma apabila Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan orang Melayu bacul kerana akan mengundi UMNO pada pilihan raya walaupun parti itu letakkan “tunggul’ sebagai calon.

Artinya sebahagian besar ahli-ahli parlimen atau ahli-ahli dewan undangan negeri BN sekarang adalah "tunggul". kerana mereka dahulunya adalah dicalon oleh Tun sendiri.

Itulah perangai Tun Dr Mahathir yang membuat orang lain delimma di mana apabila dia membuat pengakuan beliau adalah keturunan dari India, tetapi dari sebelah ayahnya dan bukan dari sebelah ibunya kerana ibunya keturunan melayu dan beliau berkahwin juga dengan perempuan melayu, iaitu anak kepada bekas pengurusi majlis agama islam selangor.

Tun Dr Mahathir adalah penulis buku malay delimma, buku itu telah diharamkan kerajaan, yang kemudian dihalalkan oleh kerajaan juga apabila Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu semasa menjawab soalan salah seorang peserta pada perjumpaan dengan pengendali laman web dan blog yang dianjurkan oleh Majlis Prihatin Malaysia (PRIMA) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari Rabu, Tun Dr. Mahathir terus menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Keadaan tersebut menjadikan orang ramai dalam delimma kerana sejak lebih setahun Dr. Mahathir sering mengkritik kepimpinan Abdullah sehingga kadang kala membabitkan peribadi Abdullah dan keluarganya.