Tuesday, April 7, 2009

BN kalah kerana Tun Mahathir

Calon BN kalah di Bukit Selambau dan Bukit Gantang disebabkan Tun Mahathir turun berkempen. Ini berbeza di Batang Air di Serawak, BN menang disebabkan Tun Mahathir tidak dapat ke sana.

Pilihanraya kali ini menyaksikan sekali lagi tertumpas parti kerajaan persekutuan selepas Permatang Pauh dan Kuala Trengganu.

Rata-rata kekalahan ini disebabkan rasa kebencian rakyat kepada Tun Dr Mahathir belum padam, walaupun matan Perdana Menteri itu, bukan lagi Perdana Menteri, tetapi rasa meluat dan benci kepada Tun nampaknya sukar sekali dilupakan.

Walaupun Dato' Seri Najib telah mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dato' Abdullah Ahamd Badawi, tetapi rakyat merasakan Dato' Seri Najib masih dikawal oleh Tun Dr Mahathir, bertambahan pula Timbalan Presedin Umno iaitu Tan Sri Mahyudin Yassin, seumpama katak yang berlindung di bawah ketiak Tun Dr Mahathir.

Mungkin kemenangan akan berpihak kepada BN sekiranya Tun Dr Mahathir tidak campur tangan dalam poltik UMNO, dan penyokong-penyokong UMNO khususnya dapat diberi fahaman bahawa Tun Dr Mahathir bukan yang penting untuk UMNO.