Thursday, April 16, 2009

Meriahnya Muka

Tiba-tiba muka menjadi ceria, hilang gundah gulana apabila hati sudah disiram dengan wang ringgit.

Membaca blog Tun Dr Mahathir, yang ramai balaci ikut memang seronok, tetapi meluat kerana orang seperti Tun Mahathir suka membebel, tak sedar diri.

Tun mengata sana mengata sini kunun dialah saja yang betul, dia kata apa salahnya jadi mahathirsm.

Memanglah tak salah untuk orang macam dia, tetapi bagi orang lain supaya mahathirsm, menyebakan akidah jadi syirik. Untuk orang Islam mana boleh mengamalkan ism - ism. Ini Jakim dan Yadim kenalah bagi betul.

Yadim janganlah asyik buat konsep itu ini suruh kerajaan laksana. Contoh Islam Hadhari; maka macam mana isi matlamatnya, kalau nama pun salah nahu. Akhir-akhirnya kerajaan juga yang kena balon oleh rakyat, tapi yang buat konsep Yadim.

Berbalik pada isu blog Tun Dr Mahathir, penuh dengan kaedah mencari wang, suruh orang ramai pasang iklan pada blog dia, sedangkan dia itu sudah ada pencen jadi PM, Ahli Parlimen, gaji penasihat petronas, penasihat proton, dan pemikir Yayasan Perdana Menteri, tapi tidak cukup-cukup juga.

Lantaklah kalau nak buat duit banyak mana pun, tapi menuduh konon-konon manusia lain korupsin itu apalah tujuan dan maknanya. Malahan sesiapa pun yang membaca blog macam itu menyakit hati.

Tetapi apa yang semua orang nampak Tun Dr Mahathir senyum lebar sampai ke telinga, duk ikut Perdana Menteri naik pentas, tunjuk ibu jari. Wayang ini terjadi masa pelancaran Proton Exona. Disiar oleh TV. Hoi belakon sungguh dia...