Sunday, May 3, 2009

Harga Daging Ayam

Harga daging Ayam naik tak munasabah selepas harga itu jatuh dalam pasaran. Kenaikan ini berikutan orang ramai takut membeli daging babi, telah beralih membeli daging ayam sebagai pilihan.

Pengerusi Unit Ayam Daging PPPM, Kwei Yew Tong mendakwa PPPM tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga ayam kerana bekalan tidak mencukupi.

Akan tetapi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak nampak alasan harga makanan yang tinggi dan cuaca panas menjadi punca kenaikan harga ayam oleh Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (PPPM) tetapi berkongsi pandangan dengan orang ramai bahawa ia disebabkan permintaan babi yang menurun akibat wabak Influenza A (h1n1).

‘‘Oleh kerana orang sekarang beralih makan ayam disebabkan wabak Influenza A (h1n1), maka PPPM menaikkan harga ayam. Isu harga ayam ini berkepentingan rakyat..." Beliau mengulas pendirian PPPM enggan menurunkan harga ayam yang melibatkan kenaikan antara 40 sen hingga 60 sen walaupun didesak oleh pelbagai pihak termasuk kementerian.

Tindakan mencabar kewibawaan pihak kementerian itu menunjukkan penternak mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan naik turun harga ayam.

‘‘Tindakan menyusahkan rakyat tidak boleh diterima sama sekali. Oleh itu, untuk mesyuarat Kabinet 13 Mei ini, saya akan mendapatkan pandangan daripada kementerian-kementerian lain dalam menetapkan harga ayam sebagai barang kawalan serta membolehkan monopoli lesen AP ayam dihapuskan."

Ramai pakar-pakar ekonomi berkata bahawa perniagaan monopoli yang dipelopori oleh sistem kapitalis tidak menyebelahi rakyat sebaliknya lebih memenangkan kaum peniaga, rakyat tertindas, dan kaum pemodal boleh mencabar kerajaan.

Di Malaysia lesen monopoli dipunyai oleh individu dan menjadi sesuatu barang itu naik harga tak tentu pasal. Perniagaan itu ialah gula, tepung, bekalan letrik dan perkhidmatan tertentu. Kadang-kadang amaran kerajaan kepada mereka tidak dipedulikan. Peniaga-peniaga ini mengambil kesempatan daripada rakyat yang tidak mempunyai pilihan.