Monday, March 10, 2008

Tun Mahatihir Punca BN Kalah

Kalau dalam tahun 1969 Tun Dr Mahathir kacau Tunku Abdul Rahman menyebabkan calon-clon MCA dan MIC tewas teruk, maka tahun 2008, Tun Dr Mahathir juga menyebabkan BN kalah sebegini teruk. Tun Dr. Mahathir pengacau dan pengkhinat.

Kalau Tun Dr Mahathir terus hidup, dia akan terus menerus buat kacau. Iaitu golongan pressure group akan gunakan idea-idea Tun untuk membuli dan aktifkan supaya rakyat membenci. Isu yang tidak ada menjadi ada, dengan analasis kononnya.

Dr Mahathir pernah menghina ulama, menghina nabi, memansuhkan sekolah agama, dan anti tafsiran agama, konon islam sudah disalah tafsir.

Dr Mahatihr mempunyai otak, memainkan perasaan dan emosi orang lain, kerana dia tahu orang melayu, memang releven pasal keturunan dan agama, sebab melayu akan marah apabila menyentuh moral dalam agama, dan Dr Mahathir berjaya menjatuhkan Anwar dengan alasan begitu.

Tun Mahathir akan gunakan keadah-kaedah (alasan) untuk menjatuhkan Pak Lah, kononnya Khairy menantu PakLah mempengaruhi keadaan, dan orang pun akan percaya alasan begitu, sedangkan yang sebenar itulah kaedah Tun yang paling berkesan supaya orang percaya.

Kesiannya Pak Lah jenis manusia begitu, tidak bertindak apa-apa sedangkan sebaliknya jikaTun Dr Mahathir yang PMnya sudah pasti PakLah dah menerima padah, seperti pernah berlaku keatas PakLah semasa Tun menjadi PM dahulu.

Kerajaan boleh memberi alasan, Tun Dr Mahathir menghasut menyebabkan keselamatan negara terancam, menyebabkan ekonomi (saham) jatuh, menyebabkan burukkan nama negara di kalangan sahabat-sahabat, menyebabkan kepercayaan rakyat terhakis.

Inilah peluangnya dan masanya bagi kerajaan menggunakan alasan sebagai kambing hitam. Iaitu tangkap Tun Mahathir, maka tidak berapa lama kemudian rakyat akan marah-marah, termasuk orang Umno totok, namun lepas itu rakyat akan menerima dan Paklah akan mendapat kepercayaan termasuk daripada musuh-musuh dalam selimut.

Kalau Tun boleh mendakwa PakLah menyebabkan BN Tewas, maka Pak Lah juga boleh gunakan alasan, bahawa punca sebenar ialah Tun sendiri.