Saturday, March 22, 2008

Paklah Seorang Yang Lemah?

Benarkah Pak Lah seorang yang lemah dalam menjalankan pentadbiran sebagai Perdana Menteri? Jawabannya ialah tidak walaupun pendapat ini akan tidak disenangi kepada mereka yang biasa bekerja ikut arahan, yang biasa bergerak bila disuruh, yang biasa tidak mampu membuat keputusan sendiri.

Jawaban ini juga akan tidak disenangi oleh manusia yang sukakan pemerintahan kukubesi, yang suka hanya Perdana Menteri yang kata yes atau no, yang suka menteri lain tutup mulut, yang suka negara diperintah oleh seorang sahaja.

Berdasarkan itu Pak Lah dilihat membenarkan atau memberi kuasa kepada orang lain membuat keputusan, dan Pak Lah setuju dengan keputusan itu, yang cara ini amat berbeza sekali dengan Perdana Menteri terdahulu.

Sebagai contoh dalam kes Muhriz anak Tun Muhathir yang meminta Pak Lah berhenti. Di sana Pak Lah meminta pemuda Umno yang menanganinya walaupun tindakan muhriz itu mencabar Pak Lah sebagai ketua parti. Akan tetapi cara Pak Lah ini dianggap sebagai penakut oleh mereka yang biasa cara feudal.

Sebenarnya cara Pak Lah itu untuk diteladani dalam sebuah negara merdeka, yang membenarkan ramai orang menentukan nasib masing-masing tanpa mengharapkan orang lain. Seolah-olahnya Pak Lah mahu kuasa Perdana Menteri mestilah dihadkan, dan tidak terlalu berkuasa seperti yang terjadi zaman kekuasaan Tun Dr Mahathir, yang mana seorang menteri ibarat seekor tikus dengan kuching, terutama ketika kuching itu mengeluarkan buku kecil dari poket. Tikus ketakutan apalah yang hendak ditegur oleh Perdana Menteri kali ini.

Cara Pak Lah mentadbir negara ini, menjadikan orang menuduh seolah-olah Pak Lah mendapat nasihat orang lain dan bermacam-macam tuduhan lain. Malahan Tun Dr Mahathir sendiri menuduh menantu Pak Lah iaitu Khairi Jamaluddin dengan berbagai andaian semata-mata cara Pak Lah membuat keputusan tidak sama dengan cara Tun dahulu.

Pak Lah pernah menjadi Menteri Pelajaran, masakan Tun Dr Mahathir tidak sedar cara bagaimana Pak Lah bekerja, sedangkan masa itu Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri.

Tanggapan saya kepada Tun Mahathir ialah Tun adalah manusia ego@takabur yang dianggap sama seperti sifat yang dimiliki oleh makhluk iblis, kerana Tun pernah berkata perjuangannya yang belum selesai, iaitu kata-kata yang sama dipohon oleh iblis kepada tuhan untuk meminta kebenaran dari tuhan bagi menyesatkan manusia.

Sebagai manusia tidaklah boleh menjadi iblis, kerana manusia dituntut supaya reda dan diminta sentiasa bersyukur.

3 comments:

Anonymous said...

Wanita bergaduh sama sendiri, ketuanya Datuk Seri Rafidah Aziz seolah tidak mengiktiraf yang Datuk Azlina dan Datuk Dr Masitah itu adalah juga wanita.

Bagi rafidah, kalau bukan exco makan bukan wanita.

Nampak benar tamaknya dia orang, nak kepong jawatan sahaja.

Anonymous said...

Dah nampak dah di Terengganu.

BN nak pulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar.

Lebih buruk dan lebih teruk dari perangai DAP di Perak.

safura said...

dah semua bukti tertunjuk depan mata..lagi nak tegakkan benang basah..pak lah memang lemah..