Sunday, March 30, 2008

Di Terengaanu & Sabah; UMNO Perlu Selamati

Kes Tuntutan BN Sabah dan Kes ADUN BN Terengganu menarik perhatian saya untuk mengeluarkan pendapat bahawa mereka dilihat sebagai tidak mempunyai semangat setiakawan, yang memberi satu isyarat kepada rakyat Malaysia bahawa mereka adalah pemimpin jahat dan merbahaya serta ibarat musang berbulu ayam.

Minta Orang Sabah

Datuk Ghapur Salleh dan beberapa peminpin UMNO Sabah tidak menghormati Perdana Menteri apabila memalukannya dengan meletakkan jawatan dan membangkang keputusan melantik mereka menjadi Timbalan Menteri.

Setelah Perdana Menteri dimalukan dan direndahkan martabatnya, kemudian kamu meminta jawatan menteri yang banyak. Apakah nanti apabila permintaan kamu diperkenankan, maka kamu menjadi kumpulan yang dihormati dengan berketuakan seorang Perdana Menteri yang kau perlikehkan?

Inilah sifat orang sabah yang hendak menjadi pemimpin negara, yang sebelum ini Malaysia menjadi rosak, kerana mempunyai seorang peguam negara dari Sabah, sehingga hak keadilan dalam sistem kehakiman begitu teruk. Apakah kita mahu negara lebih hancur apabila banyaknya orang sabah menjadi pemimpin negara?

Apakah Datuk Shafei Afdal juga dari Sabah semasa menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri berjaya menangani harga barang, minyak petrol? Bukankah zamannya juga harga minyak petrol tiba-tiba naik 30 sen menjadi 192 sen? Lalu rakyat mengamuk dalam peti-peti undi. Adakah ini untuk dipikul oleh PM sendirii dan orang Sabah minta jadi menteri?

Terengganu...Jahatnya ADUN

Begitu juga di Terengganu, budak-budak ADUN UMNO itu bukan sahaja telah berjanji dan membuat tanda tangan tiga kali menyokong Idris Jusoh sebagai menteri besar, malahan telah membuat derhaka kepada Sultan sendiri. Tiba-tiba mereka boleh gostan menyokong Datuk Ahmad Said konon-konon bersetuju dengan keputusan UMNO pusat.

Biadab mereka seperti tidak belajar tentang sopan santun. Malahan alasan mereka menyokong Menteri Besar yang dilantik sultan seolah-olahnya mereka sebelum ini bersultankan di hati dan berajakan mata. Mereka lebih taatkan UMNO dari Sultannya sendiri, sedangkan dalam UMNO itu sendiri dinyatakan tujuan penubuhan UMNO ialah membela kedaulatan sultan. Lalu dimana kebenaran dakwaan mereka, atau mereka itu sebenarnya adalah manusia pengkhianat terhadap perjuangan UMNO. Lantas layakkah mereka menjadi wakil rakyat? Layakkah mereka menjadi exco?

Sesungguhnya UMNO bukan tidak relevan tetapi mereka yang ditempatkan di UMNO Sabah itu sebagai belum mempunyai kualiti sebagai pemimpin nasional, sementara para ADUN di Terengganu itu adalah sultan di hati, beraja di mata, mahu mengepong duit dan wang rakyat ke dalam tembolok.

No comments: