Tuesday, May 20, 2008

Melatah Dengan Perangai Mahathir.

Logiknya Mahathir bukanlah orang penting dalam kerajaan sekarang, dia sekadar bekas Perdana Menteri, tetapi mengapa dia meletakkan dirinya lebih hebat dengan Pak Lah?

Ramai lagi yang masih beranggapan Tun Mahathir itu lebih tinggi darjatnya dari Pak Lah, tetapi siapakah mereka itu? Mereka ialah orang goblok yang hidup dalam dunia khayalan dan mimpi, sedangkang mimpi itu telah berlaku dan berlalu, kerana yang realitinya ialah Perdana Menteri sudah bertukar tangan, iaitu sudah dipegang oleh Pak Lah.

Jadi, dari berterusan menjadi bangang eloklah mereka itu buka mata, dan lihatlah dengan mata, dan terimalah kenyataan, bahawa Tun Mahathir bukanlah lagi Perdana Menteri lagi, tetapi Tun Mahathir sekarang ialah manusia tua, masih mahu bercakap, dan banyak membuat kerja-kerja gila untuk menghalalkan kesalahan dirinya yang telah banyak dibuat semasa jadi Perdana Menteri dahulu.

Walllah Wak Aklam.