Wednesday, May 28, 2008

Klas Paria Bila Dalam Parlimen Malaysia...

Apa dah ni wahai YB dari parti pembangkang di Parlimen? Kenapakah YB-YB tergamak mencemarkan institusi Parlimen dengan menjadikan perkarangan Parlimen tempat menyambut hari jadi dan juga YB berkelakuan klas paria?

Ibarat kera mendapat bunga, menampakkan YB adalah terkejut "culture shock" setelah menjadi ahli parlimen, kerana dahulunya bukan YB.

Kena ingatlah YB, bahawa dulu lain, tetapi sekarang sudah wakil rakyat, sudah jadi top man. YB kenalah pelihara kehormatan rakyat juga. Janganlah berkelakuan seperti haiwan.

YB baru diuji mendapat kerusi lebih dalam pilihanraya baru-baru ini, malah belumpun jadi kerajaan pusat, tetapi sudah begini kelakuan dan perangai. Agaknya kalau diberi mandat jadi kerajaan, banyak benda pelik-pelik akan berlaku, maka rakyat juga yang akan ditindas.

No comments: