Sunday, June 8, 2008

Penyamun Petrol

Harga petrol sepatutnya ditentukan oleh pasaran, tetapi kerajaan Malaysia tidak mengambil cara itu, sebaliknya mengambil harta negara untuk top up harga supaya petrol boleh dibeli dengan murah.

Kerja zalim ini sepatutnya dihentikan, kerana harta negara, harta bangsa, harta petronas adalah milik semua rakyat, yang seharusnya disimpan dan dijaga dengan baik oleh kerajaan.

Untuk apakah harga petrol sahaja yang dipelihara oleh Kerajaan sedangkan, ada manusia dalam negara ini masih hidup meskin, tak mampu mempunyai tempat tinggal, tidak mampu membeli makanan, tidak mampu memenuhi kehendak bini dan anak-anak.

Akan tetapi mereka yang mempunyai perniagaan, mempunyai lori, mempunyai bas, kereta dan motosikal tidak pernah pun mengelurkan wang dari keuntungan perniagaan membantu orang-orang meskin sebenar, sedangkan sama-sama hidup dalam sebuah negara. Sama-sama berkongsi harta negara.

Orang-orang yang minum petrol kerana tembolok sendiri ini, meraung, mengacau, mengugut dan mengganas semata-mata kerana mahukan kerajaan mengawal harga petrol, tetapi mengambil harta negara, harta petronas dan bangsa.