Sunday, May 11, 2008

atasi pengkhianatan parti

Jika benar yang diramalkan oleh blog "Agendaily" ialah 17 ahli parlimen kerajaan dijangka melompat menyeberangi parti pembangkang, jawabnya ialah saya yakin kerajaan tidak buntu mengatasi masalah itu.

Pengkhianat itu adalah petualang yang harus dihapus karya politiknya. Mereka harus dilanyak habis-habisan sebelum mereka melanyak sahabat-sahabat dalam kerajaan. Ibarat kerajaan diserang oleh ular dan ahli parlimen itu, maka ahli parlimen itu wajib dibunuh dahulu.

Mereka menang atas tiket pertandingan dan mendapat undi mejoriti, tiba-tiba undi mejoriti yang mereka dapat, menjadi minoriti kerana wakil rakyat itu sudah bertukar warna, warna minoriti.

Jenayah tidak semestinya melakukan rogol, rasuah, mencuri, mencedera atau membunuh sahaja, tetapi menukar mandat sesuka hati juga adalah jenayah, tetapi jenayah bentuk khianat ini hanya boleh dihakimi melalui politik.

Tidak difikirkan atau sudah terfikir, jika keadaan menjadi gawat, apakah kerajaan akan lakukan? Atau jika tidak bukan kerajaan yang melakukannya, apakah penyokong kerajaan tidak berhak melakukan.

Kalau pegawai kerajaan boleh mati ditangan penyangak, begitu juga peminjam wang boleh maut ditangan 'Along", kenapa tidak ahli politik? Hanya ajal dan maut sahaja ditangan tuhan. Namun cara maut itu berlaku adalah mengikut kaedah sains dan logik juga.

Kalau di luar negara, macam-macam boleh berlaku, maka apakah ia mustahil jika berlaku dalam negara Malaysia?

Teori Membahaya

Pendapat Hishamuddin Rais adalah bahaya yang menjurus kepada pembunuhan balas dendam dan penindasan, lebih-lebih lagi jika yang kena zalim itu hanya diketahui atau diagak-agak sahaja sebagai musuh.

Tulisan beliau banyak mengajar teori ala komunis macam sewaktu pemerintahan komunis di Soviet Union Rusia, iaitu ala karl Marx dan sosialis. Yang saya kira lebih merbahaya, malahan menakutkan orang ramai yang selama ini menyokong kemenangan parti pembangkang menjadi pemerintah.

Saya kira ada satu kaedah lebih baik dari itu iaitu sebagaimana Rasulullah Nabi Mohammad s.a.w. waktu itu menang buat pertama kalinya membentuk negara, iaitu dengan memaafkan semua orang. Cara ini Rasulullah telah menawan hati mereka menjadi penyokong Islam yang hebat, sedangkan dahulunya mereka adalah musuh sejahat-jahat musuh.

Balas dendam telah terjadi di Selangor

Bekas Ahli Jawatankuasa Kampong dan lain-lain di Negeri Selangor sekarang sedang disoal Parti Barisan Rakyat dengan bermacam-macam tuduhan dan tohmahan, sedangkan masa itu mereka penduduk sekampong, semasjid dan sekongsian dalam kenduri kendara dan senasib apabila berlaku kematian.

Akan tetapi masa ini mereka sedang menjadi garang dengan Parti Pemerintah (dulu pembangkang) menjadi ala komunis sedang mengamuk tak menentu aturan. Hentam Kromo!

Cara yang mereka amalkan walaupun mereka sesama melayu ialah ibarat orang-orang cina masa itu selepas pemerintahan jepun kalah, telah membunuh ramai melayu dan orang kampong kononnya penyokong Jepun.

Parti Pemerintah baru di selangor ibarat macam komunis itulah... buat pengadilan sendiri, tidak menggunakan polis untuk menyiasat, tidak menggunakan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman, tetapi menggunakan kuasa mengikut nafsu nafsi.

Jika kezaliman ini berterusan, apakah tidak mungkinkah akan bangkit satu kumpulan yang membela keadilan di kemudian hari untuk menghukum manusia yang sedang gila macam itu? Jika itu berlaku... mustahilkah nyawa akan hilang tetapi kubur mereka tidak dijumpai? Jadi apakah makna kemenangan Parti Barisan Rakyat sebenarnya?