Monday, September 10, 2007

Strategi siapakah? Tak Bonus

Datuk Seri Najib mahu memujuk kononnya bonus itu akan diberi.Tidak tahulah adakah itu satu permainan politik balaci-balaci Tun Dr Mahathir ataupun bukan. Tetapi orang-orang Tun Dr. Mahathir nampaknya sudah mengulangi kerja mereka. Mereka sebagai anasir yang masih berbaki dalam kepimpinan kerajaan mahu merancang seperti mereka merancang pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim masa itu sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kalau dulu masa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan isu agama dan moral tetapi isu kali ini ialah bonus kaki tangan kerajaan.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Mokhtar Radin (kanan) menunjukkan teks Bajet 2008 yang dipegang oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof (dua dari kanan) kepada Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sambil diperhatikan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Norza Zakaria (kiri sekali) di bangunan Parlimen, hari Jumaat.  Kemungkinan juga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah terlalu seronok dengan pertanian dan orang-orang kampung yang akan mendapat banyak faedah, hingga terlupa memberi bonus kepada jentera kerajaannya. Akan tetapi kemungkinan seperti itu sukar dipercayai.

Atau Pak Lah sengaja berbuat begitu sebab dia mahu menekan emosi orang-orang Umno terutama orang-orang Tun Dr. Mahathir supaya menerima semula Datu Seri Anwar Ibrahim ke dalam Umno.

Walau bagaimana pun inilah masa dan ketika kepada mereka yang keciwa dengan kepimpinan kerajaan, mereka yang merantau dalam blog-blog meluahkan perasaan, mereka yang telah menjadi hantu untuk ketawa dan gelak-gelak.

No comments: