
Bonus Tak ada! Terlopong mulut kaki tangan awam.
Kenaikan gaji bukan bonus. Jadi memang bonus dijangka tidak diberi tahun ini, tetapi kaki tangan awam semacam kurang yakin bahawa bonus itu tidak ada.
Terkejut gila! Apabila membentangan baget oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi tiada pengumuman nak memberi bonus. Kaki tangan awam muka pucat bertamah pucat. Mengapa muka pucat?
Sebab takut bahawa itu isyarat undi rakyat kepada parti kerajaan akan merosot. Semua orang tahu sekalipun kaki tangan awam dilarang berpolitik tetapi sebagai jentera kerajaan biasanya mereka adalah pekerja mendapatkan kepercayaan rakyat.
Adakah benar pengaruh kerajaan akan merosot? Tidaklah dipastikan itu benar ataupun tidaknya tetapi dahulu Menteri Kewangan masa itu, Tun Daim Zainuddin menaikkan faedah pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan kepada lebih 4% setahun, kerajaan menjadi tidak popular.
Begitu juga dengan peristiwa menumbuk mata oleh Ketua Polis masa itu, Datuk Norain Mai ke atas Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyebabkan kerajaan Trengganu pergi ke Parti PAS.
Begitu juga dengan ura-ura kerajaan hendak menswastakan hospital-hospital kerajaan, tetapi terselamat apabila cadangan itu ditarik balik.
Sekiranya kerajaan sedar penomena ini akan berlaku adakah kerajaan akan memberi bonus?
Seorang ahli ekonomi menolak kemungkinan kerajaan akan membayar bonus kepada kakitangan awam kerana golongan itu sudah menikmati kenaikan pendapatan yang tinggi berkuat kuasa Julai lalu, meliputi gaji dan pelbagai elaun.
Isu bonus bukanlah besar dan bukanlah kecil tetapi perlu mendapat perhatian. Tetapi juga jangan hendaknya Pihak Perdana Menteri dan pihak Kementerian Kewangan mendapat salah maklumat dari pengkhianat yang ingin menjatuhkan.
Dan kebimbangan ini semestinya ada kerana puak-puak bekas Perdana Menteri tidak pernah lupa perjuangannya yang belum selesai walaupun mereka akan membakar negara yang kononnya telah dimajukan di zaman mereka.
No comments:
Post a Comment