Friday, August 24, 2007

Mengapa Jiwa Rosak Teruk

Memang orang melayu sejak dahulu lagi sudah kena buli tidak berhenti-henti dan berkali-kali. Orang melayu mehiburkan hatinya dengan berkata "nasib".

Kali ini orang-orang melayu menjadi sasaran. Seorang pelajar Malaysia di Taiwan menyalahkan orang-orang melayu yang ramai menjadi buruh, pekerja kilang, kuli kepada taukeh-taukeh, kakitangan awam, polis dan tentera, sebagai jahat, rasuah dan menindas. Seorang pelajar dari di Taiwan itu mensasarkan orang-orang melayu sebagai objek melepaskan geram yang dibuat oleh emak bapa mereka.

Pelajar dari Taiwan itu adalah mewakili generasi muda cina dan india yang tongok dengan sejarah Malaysia. Mereka buta huruf dengan sejarah adalah hasil pendidikan ibu bapa yang pernah merampas, menipu dan mengurangkan rezeki orang-orang melayu.

Dahulu emak bapa mereka datang ke Malaya dibawa British untuk bekerja di lombong-lombong, ladang-ladang dan sebagai buruh. Akan tetapi daripada kalangan mereka ada yang menubuhkan kongsi gelap dan membuat perniagaan serta menipu. Mereka jugalah yang ramai menyokong perjuangan komunis menentang kerajaan. Maka ramailah askar-askar melayu yang mati kena tembak dan perangkap samar komunis.

Ibarat nasi sudah menjadi bubur pelajar itu menyesal tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam negara, kerana sistem sekolah cina dan tamil tidak masuk sistem menyebabkan dia macam anak-anak tamil dan cina yang serupa terpaksa keluar negeri untuk menyambung pelajaran.

Wee Meng Chee yang sedang belajar di Taiwan menggunakan saluran internet, meluahkan kata-kata dalam rap negaraku yang digubahnya. Wee Meng Che tidak merasa bersalah memporak perandakan lagu negaraku itu, sebaliknya menempelak mereka sebagai tidak tahu seni.

Setelah dikecam hebat oleh beberapa pihak Wee Meng Chee mohon maaf terbuka melalui Naib Presiden MCA, Datuk Dr. chua Soi Lek, tetapi tidak meredakan, tidak diterima.

Inilah dosa perkiraan yang dilakukan oleh ibu bapa kononnya memperjuangkan budaya dan adat resam. Akhirnya jiwa anak-anak menderita, tertekan atau menjadi teruk, kemudian akan menyalahkan orang keliling yang tidak bersalah atau yang tiada kaitan langsung, iaitu orang melayu menjadi sasaran.

Luahan hati Wee Meng Chee @ namwee yang akan menghabiskan pelajaran dan akan pulang ke tanah air, menggunakan internet untuk diketahui orang ramai telah sampai ke peringkat menteri-menteri persekutuan.