Tuesday, August 21, 2007

Strateji Lah Tu

Benar atau salah adalah hal lain, tetapi agaknya itulah. Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah buat tektik mengelirukan supaya orang ramai dalam delimma siapakah yang hendak dituruti. Supaya nanti diketahui siapakah orang yang betul-betul setia kepada parti atau sebaliknya untuk kerja-kerja pembersihan musuh yang musang berbulu ayam dapat dilaksana.

Tun Dr. Mahathir kata dia tersalah pilih Pah Lah sebagai pengganti, malahan Tun juga mengkritik Pah Lah tentang isu-situ jembatan, proton dan lain-laian lagi sehingga tergambar dalam kepala orang ramai mereka tidak sebulu.

Tektik yang sama juga dilakukan oleh Tun Abdul Rahman Yaacob untuk menolong anak saudaranya Pahin Tan Sri Taib Mahmud terus berkuasa di Sarawak.

Kalau nak dikira Tun Dr. Mahathir sendiri sudah tau orang yang menjadi sindiran beliau iaitu Khairy Jamaluddin sebenarnya sudah tiada di Tingkat 4 blok tengah kompleks Perdana Putra, tetapi Tun Dr. Mahathir menuduh di tingkat itulah Khairy sebagai orang yang mempengaruhi Perdana Menteri. Walhalnya yang ada di situ ialah En Ahmad Zaki, yang merupakan dua pupu kepada Tun Dr Mahathir sendiri.

Menurut Ahmad Zaki: "Tun sebenarnya ialah datuk saudara saya...Tun sepupu belah emak saya…bapa emak saya ialah sepupu kepada Tun...saya menang kenal keluarga Tun dah lama...tapi lebih kepada anak-anak Tun seperti Marina, Mokhzani dan Mukhriz…Marina yang jadi tetamu kehormat masa saya nikah dulu..".