Saturday, August 18, 2007

delimma melayu

Tun Dr Mahathir sekali lagi membuat orang ramai dalam delimma apabila Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan orang Melayu bacul kerana akan mengundi UMNO pada pilihan raya walaupun parti itu letakkan “tunggul’ sebagai calon.

Artinya sebahagian besar ahli-ahli parlimen atau ahli-ahli dewan undangan negeri BN sekarang adalah "tunggul". kerana mereka dahulunya adalah dicalon oleh Tun sendiri.

Itulah perangai Tun Dr Mahathir yang membuat orang lain delimma di mana apabila dia membuat pengakuan beliau adalah keturunan dari India, tetapi dari sebelah ayahnya dan bukan dari sebelah ibunya kerana ibunya keturunan melayu dan beliau berkahwin juga dengan perempuan melayu, iaitu anak kepada bekas pengurusi majlis agama islam selangor.

Tun Dr Mahathir adalah penulis buku malay delimma, buku itu telah diharamkan kerajaan, yang kemudian dihalalkan oleh kerajaan juga apabila Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu semasa menjawab soalan salah seorang peserta pada perjumpaan dengan pengendali laman web dan blog yang dianjurkan oleh Majlis Prihatin Malaysia (PRIMA) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari Rabu, Tun Dr. Mahathir terus menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Keadaan tersebut menjadikan orang ramai dalam delimma kerana sejak lebih setahun Dr. Mahathir sering mengkritik kepimpinan Abdullah sehingga kadang kala membabitkan peribadi Abdullah dan keluarganya.

No comments: