Nyawa satu perkara dan badan juga satu perkara, dua benda dalam satu. Kehilangan nyawa ialah mati, sementara kehilangan badan pun ada beberapa maksud hilang badan memang hilang atau hilang badan kerana kemusnahan. Gambar [kanan] ialah gambar bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang hari ini masih berdada di IJN. Hilang Badan… Polis Malaysia nampaknya belum berjaya mengesan kehilangan Nurin Jazlin Jazimin, 8, walaupun sudah hampir sebulan berlalu. Sebelum ini, kehilangan kanak-kanak itu dikaitkan dengan misteri kerana dia hilang ketika pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya yang penuh dengan orang ramai. Bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abd. Jalil berkata, dia semakin hari bertambah hairan dan runsing kerana anaknya itu tidak ditemui walaupun liputan meluas telah dilakukan oleh pihak akhbar dan media. Hampir hilang badan dan Nyawa… Hampir hilang nyawa dan badan adalah sesuai dengan berita gempar TV iatu Ketua Protokol Wisma Putra, Datuk Zakaria Sulong telah menerima kiriman yang mengandungi serbuk putih yang disangkanya kuman antraks sebenarnya serbuk gula yang digunakan untuk menyalut halwa. atau manisan yang biasanya dimakan oleh masyarakat Arab. Manisa itu hadiah dari kedutaan Iraq di sini sempena bulan Ramadhan diletak dalam bekas kota kayu dibalut elok dengan kertas hadiah. Minggu depan Datuk Zakiria akan memulakan tugas sebagai Duta Malaysia ke Jerman dan akan berangkat ke Berlin, Jerman malam Selasa ini. Hilang Nyawa ketentuan ajal… Tun Dr Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri Malaysia masih bernyawa, belum meninggal dunia kerana mati itu adalah ajal. Ajal Maut di tangan Allah. Menurut kenyataan akhbar IJN, pemindahan semula ke ICU yang dilakukan pada pukul 7 petang semalam itu bertujuan membolehkan doktor-doktornya melakukan pemeriksaan rapi ke atas keadaan keseluruhan beliau. Kita bersama orang ramai, rakyat Malaysia berdoa, semuga ahli-ahli keluarga dan saudara maranya dapat bersabar, semoga Tun lekas baik.