Tuesday, September 25, 2007

Ganas... liar... ala tarzan

Malaysia bertaraf dunia, tetapi ada rakyatnya masih mengamalkan hidup cara hutan iaitu liar dan ganas dengan yang kers terbaru pembunuhan kanak-kanak, Nurin Jazlin, 8 tahun.

Polis dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga bercakap dalam isu itu dengan tajuk tempang kononnya telah wujud undang-undang yang menghukum ibu bapa cuai.

Perempuan dalam negara maju termasuk isteri dan ibu boleh kerjaya bersamaa kaum lelaki, dan berpolitik. Mereka bukan duduk seperti dalam hutan, hidup liar, ganas dan ala tarzan.

Mental menteri warisan Tun Dr. Mahathir itu samalah macam mental penulis-penulis blog yang bencikan Pak Lah. Mengambil peluang menjadi penjenayah jika ada peluang, macam harimau hutan. Macam pembunuh Nurin Jazlin.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Pelajaran melihat keselamatan budak-budak sekolah sebab ibu bapa zaman ini kena kerjaya dan tidak boleh dikatakan cuai semata-mata meninggalkan anak-anak.

Kanak-kanak seharusnya selamat bermain-main di luar rumah, bukan sahaja di sekolah, di pasar, mahupun di tempat awam lain.