Sunday, November 11, 2007

Rakyat akan undi protes

PM sudah memukul gendang perang; “saya pantang dicabar”, katanya iaitu satu kata-kata bongkak yang menyebabkan rakyat menyampah. Malahan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akan keciwa apabila undi protes rakyat akan berulang kepada Barisan Nasional kali ini.

Memang pada teori, tetapi apalah untung kerajaan dengan menyelamatkan subsiditi minyak 80 trilian, tetapi semua barang menjadi mahal?

Kerajaan memang bodoh mendabik dada memberi subsidi banyak itu dan banyak ini, tetapi dibandingkan dengan kos yang rakyat kena bayar lagi banyak.

Rakyat tidak senang dengan kenaikan tol, gas dan minyak petrol menyebabkan kos pengangkutan, barang-barang dan perkhidmatan menjadi mahal.

Isu kedua ialah isu-isu yang dibangkitkan oleh Matan PM Tun Dr Mahathir Mohammad, yang sedikit sebanyak menyebabkan golongan terpesong dan kaki temberang tidak menyokong kerajaan.

Dalam jentera kerajaan, pegawai kerajaan tidak puas hati apabila kerajaan enggan membayar bonus, konon kaki tangan kerajaan baharu sahaja mendapat kenaikan gaji, sedangkan yang sepatutnya kerajaan membayar pampasan lewat bertahun-tahun dan hanya memberi kenaikan tahun ini.

Isu lain yang rancak akan bermula ialah peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah sudah terbukti pernah menumbangkan dinasti kerajaan Barisan Nasional, walaupun Datuk Seri Anwar Sendiri tidak mendapat apa-apa jawatan, malahan dia masuk penjara, tetapi peranannya berkesan.

Misalnya tahun 1971 dengan isu makan ubi penduduk Baling Kedah, menyebabkan Tun Dr Mahathir disanjung sebagai hero. Kedua Isu Mata Datuk Sri Anwar Ibrahim menyebabkan Kerajaan BN Trengganu gugur dan mungkin isu kali ini ialah atas nama “Bersih”.

Penomena dalam politik tanah air sejak akhir-akhir ini memang menuju ke arah Barisan Nasional akan kalah, walaupun rakyat sangat sayang kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kalah bukan memberi makna tewas atau Barisan Nasional tidak boleh membentuk kerajaan, tetapi beberapa Yang Berhormat wakil rakyat, kerajaan negeri akan tumbang atau sekurang-kuranya kerajaan pembangkang di Kelantan akan kekal, dan kerajaan persekutuan masih kekal tetapi dengan mejoriti yang sedikit.