Buang duit sahaja hantar pergi tution kalau tujuannya semata-mata untuk mengejar 5A itu, kecuali itu betujuan bukan untuk mendapat 5A tapi tujuan untuk jadi pandai.
Melayu tetap tak ada tempat, kalau di kampong kerana tak cukup duit, dapat tawaran pun tak boleh pergi ke asrama, di bandar pula, tak layak ke asrama walaupun dapat 5A.
Menurut Berita Harian dari KUALA KANGSAR: Hanya kira-kira 6,000 daripada 48,400 murid yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini, berpeluang memasuki sekolah berasrama penuh (SBP) kerana tempatnya terhad.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata persaingan bagi mendapatkan tempat ke SBP kali ini sengit kerana bilangan murid yang mendapat 5A terlalu ramai.