Wednesday, October 17, 2007

Tidak dengar kata...

Orang Malaysia menjadi angkasawan macam orang Amerika dan orang Rusia. Namun masih terdapat orang Malaysia yang mata hatinya buta dan degil.

Dalam isu ini kebetulan ada dua pelajar, masing-masing masih sekolah di pengajian tinggi;. Satu di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dan satu lagi di Taiwan.

Dua pelajar tersebut belum mempunyai pengalaman politik kecuali Datuk Rohani Ahmad, dan blogger lain seperti Badrul Hisham Abdul Aziz yang pernah menjadi ahli parlimen.

Kebetulan mereka adalah blogger iaitu Wee Meng Chee yang mensendakan lagu negaraku dan Hamizi Hamdan yang meminta Perdana Menteri Berundur.

Ibarat satu komuniti, samada komuniti adik beradik, persatuan, institusi mahupun kerajaan, memang akan wujud manusia yang sukar mengikut kata.

Nabi Mohammad dalam dakwah ditentang oleh bapa saudaranya sendiri, Abu Lahab dan Abu Jahal. Begitu juga sewaktu Malaysia hendak merdeka, bangkit rakyat yang berkata belum mampu walaupun mengeluarkan sebatang jarum.

Manusia tercicir itu wujud dari masa ke masa, seolah-olah menghalang kepada kejayaan. Kejayaan tidak gagal tetapi melambatkan.