Sunday, October 28, 2007

Polis Cuai

Wanita yang menelan simkad telah dibebaskan polis konon cerita ada bukti dia banyak kali menghubungi polis semasa kehilangan Nurin Jaslin yang dibunuh itu malangnya masa itu polis tidak mahu ambil peduli.

Itu memberi imej generasi polis sekarang sebagai tidak peka, cuai, malas, dan tidak serajin secekap polis generasi lama.

Malahan wanita yang dibebaskan itu mungkin akan dibunuh oleh penculik Nurin Jaslin kerana memberi maklumat kepada polis.

Polis Yang Menjadi Penjenayah.

Polis penjenayah adalah tidak mustahil, malahan penafian Bukit Aman tentang bilangan anggota polis yang mati ditembak semasa Cawangan Anti Dadah Bukit Aman membuat serbuan di sebuah rumah seolah-olahnya memang macam itu yang berlaku.

Dua anggota yang terbunuh -- L/Kpl Jaya Balan Krishman dari Ibupejabat Polis Daerah Gombak dan L/Kpl Alageson Malappan dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Seolah-olah polis yang terbunuh ialah anggota polis yang menjadi penjenayah dan ditembak oleh polis yang menyerbu. kerana polis berpakaian preman tidak menembak jadi bagaimana penjenayah boleh tahu hingga menyebabkan penjenayah menembak?

Konon anggota polis itu berpakaian preman, tetapi adakah mungkin penjenayah tahu itu adalah polis, keculi anggota itu sendiri memperkenalkan diri.

Seolah-olahnya orang yang membuat dadah dalam rumah itu ialah anggota polis yang menjadi penjenayah, sementara yang menyerbu itu adalah anggota polis dari Bukit Aman cawangan anti dadah.

Dah Banyak Duit Sangat

Ketika kerajaan tidak cukup duit, gamaknya agensi tabongan semacam lebih simpanan seolah-olah tak tahu mengurus wang hingga meminta pendeposit mengeluarkan simpanan. Termasuk KWSP yang membenarkan penyimpan mempunyai 1 juta boleh keluarkan wang.

Malah di suatu masa dahulu pegawai kerajaan yang masuk skim pencen boleh tutup akaun di KWSP dengan keluarkan semua simpanan.

Petronas pun sama di mana sebuah konsortium pelabur Timur Tengah yang berpengaruh, melalui Swan Symphony Sdn Bhd, memuktamadkan pengambil alihan Putrajaya Perdana Bhd pada 26 Oktober 2007.

Konon itu akan memberi laluan kepada Putrajaya Perdana untuk menjadi pelabur utama di Timur Tengah dan Malaysia.