Wednesday, November 19, 2008

RTM tutup lagi baik

Saya nak komen RTM yang konon menteri penerangannya dari maran trengganu itu bekas pensyarah Univerisiti. Sebab RTM sebagai warisan bangsa telah hilang ID, yang nasib baiknya ada radio Sinar, Era, HotFM dll, sebagai pengganti, namun agak keciwa sedikit sebab Sinar dan Era bukan ori kepunyaan bangsa, tetapi kepunyaan Astro. Siapakah Astro?

Berbading yang lain itu, maka radio HotFm adalah pengganti segala yang hilang itu.

Saya kira RTM macam tak tahu nak kerja, seolahnya Dato' Ketua Pengarah RTM macam tak mampu, tak ada idea, mungkin Dato' KSU Kementerian juga dikatakan banyak songeh, langsung tak memberi faedah kepada warisan bangsa iaitu Perkhidmatan Melayu Radio Malaysia itu yang telah menjadi kuno sekunonya dengan nama klasik nasional.

Patutnya RTM satu agensi yang ada organisasi besar, berbanding dengan HotFm yang baru, boleh lah cemerlang, tetapi HotFM pula lebih mantap, santai dan diminati ramai, sedangkan petugas di HotFM hanya beberapa ketol pun. Hendaknya Hotfm akan terus hidup.

Mengapa B O D O sangat RTM ye?

No comments: