Sunday, October 26, 2008

Siapa yang ingin bebas

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu, parti-parti politik tertentu melaungkan prinsip kebebasan akhbar dan blog tetapi selepas pilihan raya, mereka itu bertindak sebaliknya.

Ahli Parlimen DAP dari Seputeh, Teresa Kok misalnya tidak menghormati kebebasan akhbar dan menyaman sebuah akhbar tempatan sebanyak RM30 juta.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh pula meminta sebuah akhbar tempatan meminta maaf, akan tetapi selepas akhbar tersebut meminta maaf, akhbar itu disaman pula RM10 juta.

Kerajaan Selangor pula memboikot akhbar Utusan Malaysia yang diketuai oleh Ahli Parlimen Seputeh itu dan kerajaan Kelantan pula memboikot akhbar Berita Harian.

Demikian kata Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (BN- Rompin) merujuk pada prinsip berkaitan dengan kebebasan akhbar dan blog yang diperjuangkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Pematang Pauh) yang dalam perbahasannya selama lima jam banyak menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bantuan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).

Kit Siang seumur hidupnya mempunyai impian untuk menggulingkan kerajaan BN dan sekarang mempunyai teman baru yang lupa prinsip perjuangan.

No comments: