Thursday, January 31, 2008

BN Tewas Oh Tidak, kurang aje!

Orang Kerajaan Protes...

PakLah mesti insaf, yang Barisan Nasional akan Tewas, oh tidak! Tapi kurang, sebab ada beberapa dalil, satu darinya ialah Kaki Tangan Kerajaan tak dapat bonos, tentulah orang-orang ini akan membuat sedikit kejutan kepada Pak Lah. Keduanya PakLah sudah melupakan sebahagian kecil tenaga-tenaga penyokongnya, sebab awak sebagai Perdana Menteri, terlalu angkuh, tidak semacam dulu semasa jadi Timbalan, yang mudah diberi maklumat.

Siapa Bohong?

Tun Dr Mahathir bohong atau PakLah, kononnya ada perjanjian lisan antara mereka, untuk menempatkan Datu Seri Najib itu? Hanya mereka berdua yang tahu, sebab benda macam itu memang kemungkinannya ada dan kemungkinan tidak. Namun yang mungkin ialah Tun Dr Mahathir akan perkosa PakLah dalam pilihanraya kali ini.

Shahidan Kassim dan musuhnya.

Menteri Besar Perlis, ada dua musuh besar dalam partinya sendiri, musuh-musuh itu dan Shahidan Kassim sendiri akan bertempur dalam perang urat saraf walaupun mereka dalam satu parti. Rakyat perlis dan orang-orang kecil politik perlis mahu tidak mahu akan dituduh atau disyaki sebagai agen lawan atau penyokong lawan, sekalipun mereka sebenarnya bukan lawan, tetapi kerana keraguan dan kebimbangan.

Nasihat saya, Shahidan Kassim perlu ditentukan nasibnya terlebih dulu, seumpama yang dikenakan kepada Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Ruhaini Ahmad dan Astro Jabat. Kalau tidak Perlis akan menjadi Negeri Trengganu kedua kepada BN, di masa itu MB Trengganu ialah Datuk Wan Mokhtar Kadir.