Saturday, December 29, 2007

Mempau lampau

Radio Era Melampau...

Radio Era No1 Negara, sudah melampau batas apabila dia membuat kapsul mengucapkan selamat hari Natal kepada Seluruh rakyat Malaysia, sedangkan dia memang tahu yang menyambut hari Natal adalah seluruh dunia yang beragama kristian, malahan radio ERA juga didengar di merata tempat dengan menggunakan internet.

Radio Era juga kejam dan melampau apabila dia menghalakan ucapan itu kepada semua rakyat Malaysia, sedangkan semua rakyat malaysia bukan menganut kristian.

Perbuatan Radio Era itu sudah menyalahi syarat-syarat pemberian lesen multimedia yang dikeluarkan oleh kerajaan kepadanya.

Kementerian Pelajaran Hidung Tinggi

Keputusan mengekalkan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matemathic sebagai satu perbuatan khianat bangsa kepada perjuangan UMNO, kerana tujuan asal penggunaan bahasa itu ialah supaya anak-anak mengusai bahasa inggeris, tetapi peratusan pencapaian mata pelajaran English sangatlah teruk dalam PMR baru-baru ini.

Kementerian Pelajaran janganlah menjadi duri kepada perjuangan UMNO, dan menghalang banyak kerja dan strateji yang diatur sejak zaman Dato' Hussin Onn lagi. Janganlahn kerana kuasa yang belum dicabar sekarang digunakan untuk membunuh bangsa!

Akhirnya anak kampong akan terus hancur kerana kesombongan Kementerian Pelajaran warisan Tun Dr. Mahathir itu, dan pegawai-pegawai kementerian yang sombong tidak boleh mendengar ajar itu.

Mungkin semua orang tidak sedar, anak menteri pelajaran sendiri tidak bersekolah sistem kebangsaan tetapi masuk di sekolah international, malah ramai lagi orang-orang kaya dan orang besar-besar dalam tampok pemerintahan kementerian yang tidak memasukkan anak-anak mereka dalam sistem kebangsaan.