Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Sunday, October 7, 2007

Haram, pelikih, saman

BUAT KERJA ANGKASAWAN, ANGKASAWANLAH!

InsyaAllah akan tertulis dalam sejarah bahawa Orang Muslim Pertama yang berjaya menjadi angkasawan ke angkasa lepas ialah Orang Malaysia bagi ekspedisi 10hb Oktober 2007 ini, walaupun ada angkasawan dari negara Arab Saudi masa dahulu tetapi dia tidak sampai ke angkasa lepas.

Laman Web Agensi Angkasa Lepas Nasional Amerika (NASA)) merujuk salah seorang angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sebagai peserta penerbangan angkasa sahaja dan bukan sebagai angkasawan iaitu sesuatu terma yang menghina.

Sebenarnya program itu ialah projek negara Rusia, dan dia mengambil angkasawan kali ini dari orang Malaysia. Maka tiada sebab orang Malaysia itu bukan angkasawan. Dia buat kerja angkasawan, angkasawanlah.

SAMY VELLU NAK HARAM MOTOSIKAL

Dunia fokus ke Angkasa, Datuk Samy Toll @ Velu pula membuat perangai, macam bekas bosnya dulu Tun Dr. Mahathir, memusing jarum jam ke belakang. dia nak haramkan orang naik motosikal jangan gunakan jalanraya.

Datuk Samy Vellu bukanlah menteri pengangkutan, sedangkan undang-undang itu di bawah kuasa JPJ, Kementerian Pengangkutan. Tapi Datuk ini sudah melampau kerja, disebabkan dia pernah naik kereta, kena potong penunggang motosikal.

Pengerusi Eksekutif Superbike Association of Malaysia (SAM)yang juga Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata kelajuan bukan faktor penyumbang kepada kemalangan sebaliknya sikap pemandu itu sendiri. Macam Datuk Sammy Velu yang membuli penunggang motosikal.

LAGU RASA SAYANG HEY KENA SAMAN

Tiba-tiba sahaja pihak Indonesia nak saman Malaysia pasal gunakan lagu Rasa Sayange. Katanya lagu itu dia punya. Pihak Indonesia juga sedang berkira-kira kononnya wayang kulit dan batik menjadi haknya.

Namun pihak Singapore belum bersuara lagi nak membuat saman kepada rakyat negara ini (Malaysia) yang menyanyikan lagu "Gelang Si Paku Gelang". Malah Ambun/Maluku juga mungkin akan bangkit kononnya baju kurung dan kebaya, dia punya.

DEMOKRASI DI MYANMAR

Lebih 1,500 orang termasuk wartawan ditahan, manakala pihak tentera terus mengenakan langkah keselamatan ketat di Yangon serta lain-laian bahagian negara itu.

Seorang jurukamera jepun diberitakan juga mati. Pihak Junta, walaupun dikecam dunia, tetapi berkuasa. Demokrasi tiada ada.

Amerika Syarikat nampaknya tidak akan campur tangan di sana, sebab dia punya kepentingan macam kosong. Sementara negara-negara ASEAN cuma bercakap, kerana hubungan dengan Junta di sana lebih akrab dibanding hubungan mereka dengan Aung San Suu Kyi.

Friday, August 24, 2007

Mengapa Jiwa Rosak Teruk

Memang orang melayu sejak dahulu lagi sudah kena buli tidak berhenti-henti dan berkali-kali. Orang melayu mehiburkan hatinya dengan berkata "nasib".

Kali ini orang-orang melayu menjadi sasaran. Seorang pelajar Malaysia di Taiwan menyalahkan orang-orang melayu yang ramai menjadi buruh, pekerja kilang, kuli kepada taukeh-taukeh, kakitangan awam, polis dan tentera, sebagai jahat, rasuah dan menindas. Seorang pelajar dari di Taiwan itu mensasarkan orang-orang melayu sebagai objek melepaskan geram yang dibuat oleh emak bapa mereka.

Pelajar dari Taiwan itu adalah mewakili generasi muda cina dan india yang tongok dengan sejarah Malaysia. Mereka buta huruf dengan sejarah adalah hasil pendidikan ibu bapa yang pernah merampas, menipu dan mengurangkan rezeki orang-orang melayu.

Dahulu emak bapa mereka datang ke Malaya dibawa British untuk bekerja di lombong-lombong, ladang-ladang dan sebagai buruh. Akan tetapi daripada kalangan mereka ada yang menubuhkan kongsi gelap dan membuat perniagaan serta menipu. Mereka jugalah yang ramai menyokong perjuangan komunis menentang kerajaan. Maka ramailah askar-askar melayu yang mati kena tembak dan perangkap samar komunis.

Ibarat nasi sudah menjadi bubur pelajar itu menyesal tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam negara, kerana sistem sekolah cina dan tamil tidak masuk sistem menyebabkan dia macam anak-anak tamil dan cina yang serupa terpaksa keluar negeri untuk menyambung pelajaran.

Wee Meng Chee yang sedang belajar di Taiwan menggunakan saluran internet, meluahkan kata-kata dalam rap negaraku yang digubahnya. Wee Meng Che tidak merasa bersalah memporak perandakan lagu negaraku itu, sebaliknya menempelak mereka sebagai tidak tahu seni.

Setelah dikecam hebat oleh beberapa pihak Wee Meng Chee mohon maaf terbuka melalui Naib Presiden MCA, Datuk Dr. chua Soi Lek, tetapi tidak meredakan, tidak diterima.

Inilah dosa perkiraan yang dilakukan oleh ibu bapa kononnya memperjuangkan budaya dan adat resam. Akhirnya jiwa anak-anak menderita, tertekan atau menjadi teruk, kemudian akan menyalahkan orang keliling yang tidak bersalah atau yang tiada kaitan langsung, iaitu orang melayu menjadi sasaran.

Luahan hati Wee Meng Chee @ namwee yang akan menghabiskan pelajaran dan akan pulang ke tanah air, menggunakan internet untuk diketahui orang ramai telah sampai ke peringkat menteri-menteri persekutuan.

Thursday, August 16, 2007

Salam manis dan sejahtera

Blog baru ini menggantikan blog saya terdahulu yang terpaksa saya delete kerana menggunakan nickname "malaysia" di mana nickname itu menimbulkan kurang senang di kalangan sahabat-sahabat blogger. terima kasih.