Wednesday, February 13, 2008

Nasib PakLah Macam Tunku

Parlimen sudah dibubarkan dan pilihan raya akan diadakan, walaupun rakyat tahu beberapa ramai wartawan sudah kena tipu kononnya tak ada pembubaran pada 13hb, tetapi sebaliknya dan ramanan wartawan adalah benar.

Kalau semua orang masih ingat zaman Tunku Abdul Rahman Putra al Haj menjadi Perdana Menteri masa itu, pastinya ia menyerupai zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi. Masing-masing orang bawahan melaporkan 'Yes' dan bagus, tetapi akhirnya menjadi sebaliknya sehingga berlaku apa yang dinamakan peristiwa 13 mei 1969.

Dari gambar-gambar yang kita saksikan dalam TV, Akhbar dan internet telah jelas Pak Lah lebih banyak kena tipu, dan mengabaikan nasib orang-orang bawahan dan bangsa sendiri.

Masa Tunku dulu Bangsa sendiri dan para pegawai kerajaan membuat tentengan secara senyap yang bezanya dahulu Tun Dr Mahathir menulis surat layang kepada Tunku, tetapi sekarang menggunakan internet.

Bos-bos pejabat kerajaan seperti Ketua Setiausaha Negara (KSN) lebih-lebih lagi, nampak menipu kepada PM seperti dalam temuramah rancangan TV RTM1 baru-baru. Beliau bercakap dengan mengulang-ulang kata 'Saya segan', 'Saya tak sampai hati nak meminta'. Laksana hipokrit yang PM sendiri sebenarnya mahu membela rakyat, tetapi terhalang oleh hipokrit KSN itu.

Kita berdoa semuga apa yang berlaku 13 Mei 1969 dahulu tidak akan terjadi, dan berharap KSN cepat-cepat disedari oleh PM.

Perhatikan gambar-gambar Tunku dan gambar PakLah.